PETALING JAYA – Belum ada ucapan tahniah atau kenyataan daripada mana-mana ketua parti pembangkang kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 selepas hampir dua jam Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaharu politik Malaysia.
Tinjauan di laman sosial Twitter dan Facebook mendapati Presiden Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut.
Setakat ini, hanya Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri dan menyatakan yang beliau akan terus berkhidmat sebagai pembangkang untuk membawa idea dasar dan semak imbang terhadap setiap keputusan kerajaan.
Petang tadi, Istana Negara mengeluarkan kenyataan akan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 esok.
Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri mendapat akaun bersumpah seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkannya dan jumlah itu cukup menjadikan ia majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan. – K! ONLINE