fbpx

Bos Gaurus bawa semangat baharu lawan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Perak giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Selangor FC malam esok. - PERAK FC

Oleh Azizan HashIm

IPOH – Bayaran sebulan gaji dan beberapa perkembangan positif dalam pasukan antara usaha yang dilakukan Perak FC bagi menyuntik semangat barisan pemainnya menghadapi aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Perak malam esok.

Pengurus Besar Perak, Azman Noh berkata, inisiatif sudah dilakukan termasuk pendekatan keagamaan agar dapat mengukuhkan keyakinan dan semangat para pemain menghadapi baki empat perlawanan selepas ini.

“Setiap perlawanan sangat penting dan saya berharap pemain akan mengusahakan aksi terbaik mereka. Memang kami hadapi tugas berat dan sukar tetapi tiada yang mustahil,” katanya.

Menurut Azman, pemain pertahanan import dari Lebanon, Jad Noureddine berkemungkinan disenaraikan dalam kesebelasan utama The Bos Gaurus dalam misi wajib menang ke atas Selangor malam esok.

“Sama ada diturunkan atau tidak dalam kesebelasan, ia permulaan terpulang kepada (ketua) jurulatih Shahril (Nizam Khalil),” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut mendedahkan, Perak kini menanti perkhabaran gembira iaitu kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap kedudukan pemain muda, Muhammad Azhar Mohd Apandi.

“Azhar didaftarkan bersama skuad Piala Presiden Perak dan kita berharap dia boleh diturunkan dalam tempoh terdekat,” kata Azman yang mesra disapa sebagai Cikgu Man. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI