fbpx

LRT, MRT dan Monorel KL ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang esok bagi memelihara keselamatan awam.

MyRapid KL menerusi laman Instagram memaklumkan, penutupan tersebut melibatkan LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang dan kesemua laluan Monorel KL.

Tangkap layar makluman penutupan perkhidmatan tersebut di Instagram rasmi MyRapid KL

“Bagi laluan Ampang dan Sri Petaling melibatkan stesen Chan Sow Lin, Hang Tuah, Masjid Jamek, Sultan Ismail, Pudu, Plaza Rakyat, Bandaraya dan Cheras.

“Manakala bagi laluan Kelana Jaya, Stesen yang terlibat adalah Kampung Baru, Masjid Jamek, KL Sentral, Abdullah Hukum, Dang Wangi, Pasar Seni dan Bangsar.

“Selain itu turut ditutup ialah MRT laluan Kajang yang melibatkan Taman Pertama, Cochrane, Bukit Bintang, Pasar Seni, Maluri, Tun Razak Exchange, Merdeka dan Muzium Negara,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kaunter kad konsesi MyRapid di stesen LRT Pasar Seni juga ditutup manakala stesen yang tidak terlibat akan beroperasi seperti biasa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI