fbpx

Usahawan kosmetik maut kemalangan, lima cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Wira dinaiki Muhammad Marhafizan dan keluarganya yang remuk teruk, semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang usahawan kosmetik maut manakala lima lain termasuk isteri dan dua anak mereka cedera ringan setelah kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan kereta Honda Civic di kilometer (km) 11, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Kampung Matang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam tersebut, Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Isteri mangsa, Siti Jamilah Abdul Rahman, 29, dan dua anak mereka iaitu Nur Qaisara Damia, 10, dan Marsya Amarra Sofea, 2, serta pemandu kereta Honda Civic, Zainal Bakar, 57, dan anak perempuannya, Hazwani Nurin Athilah, 18, pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mad Daud berkata, sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dinaiki Muhammad Marhafizan dan keluarganya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Tok Randok, Ajil di sini dari Jabi, Besut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan sehingga berpusing dua kali sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kereta Honda Civic dinaiki Zainal dan anak perempuan yang berada di laluan bersebelahan gagal mengelak lalu merempuh kereta Proton Wira tersebut,” katanya hari ini.

Jelas beliau, impak rempuhan berkenaan menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kereta remuk teruk. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI