fbpx

Lelaki OKU dituduh aniaya anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing yang didakwa dianiaya tertuduh, K. Krisnamurthy, 60.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seekor anjing pada November tahun lalu.

K. Krisnamurthy, 60, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan kejam atau secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan ke atas seekor anjing di Jalan Berangan menghala Taman Sri Wang di sini kira-kira pukul 11.05 malam, 10 November tahun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Azizi Ngah Ahmad manakala Krisnamurthy diwakili peguam, Datuk S. Ganesan.

Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI