fbpx

MOTAC nafi harga lantai pakej umrah bermula RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan dakwaan pihaknya sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ketika ini iaitu antara RM8,000 hingga RM9,000.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (Saffta), Fathir Badri itu adalah tidak benar serta boleh mengelirukan orang ramai.

“Kementerian menafikan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah seperti yang dinyatakan.

“Untuk makluman, harga indikator yang pernah ditetapkan pada tahun 2016 seperti yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah pada ketika itu adalah pada kadar RM4,900,” katanya di sini hari ini.

MOTAC berkata, pihaknya sedang mengkaji faktor-faktor kenaikan kos khususnya susulan langkah-langkah kawalan pandemik Covid-19 dikenakan Kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

Menurutnya, sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah pihak indsutri dan orang awam.

“Pihak kementerian menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya melibatkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah.

“Orang ramai juga dinasihati agar berwaspada dengan tawaran-tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini dan menyemak kesahihan perkara ini dengan MOTAC,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI