fbpx

Pelancong naik 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz (dua dari kiri) menerangkan kepada sebahagian pengunjung tentang SOP normal baharu di Sari Pacific Resort, Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tiga negeri di Pantai Timur menyaksikan peningkatan kedatangan pelancong lebih 100 peratus sejak merentas negeri dibenarkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur,
Hafiz Hazin berkata, Terengganu menerima kenaikan pelancong tertinggi iaitu 165 peratus diikuti Kelantan (135 peratus) dan Pahang (114 peratus).

Beliau berkata, limpahan pelancong ke Pantai Timur ini sudah dijangka berdasarkan kajian pelancongan domestik yang dijalankan Tourism Malaysia pada bulan April lalu.

“Lebih 72 peratus daripada 13,797 responden kajian itu memberitahu mereka mahu melancong ke destinasi pulau, pantai dan premis makanan menarik di seluruh negara sekiranya dibenarkan merentas negeri.

“Hampir 68 peratus respoden pula memilih destinasi yang berbaloi dengan perbelanjaan. Semua itu ditawarkan di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur,” katanya di di sini semalam.

Terdahulu beliau melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) normal baharu di Sari Pacifica Resort, Pulau Redang.

Hafiz berkata, selain rangkaian pulau peranginan di Terengganu dan Pahang. antara destasi pelancongan lain yang popular di Pantai Timur ialah Ladang Boh Sungai Palas, Cameron Highlands, Pahang dengan kehadiran 124,125 pengunjung sepanjang tempoh PKPP sehingga akhir bulan Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI