fbpx

Speaker diberi kuasa jalankan DUN secara hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim (kanan) ketika meninjau kemudahan mesin Orang Kelainan Upaya di Bangunan Annex, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengusulkan pindaan Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor 1995 iaitu memberikan peruntukan kuasa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menjalankan persidangan DUN secara hibrid.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, ia akan menjadi usul pertama akan dibahaskan pada hari Selasa depan
dalam Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 kali ini.

“Kita bakal menjadi negeri pertama yang mengusulkan hal berkenaan kerana melihat adanya keperluan memberikan peruntukan kuasa kepada Speaker melaksanakan persidangan secara hibrid sekiranya berlakunya bencana atau terdesak.

“Saya harap usul ini dapat diluluskan supaya boleh dibawa ke Jawatankuasa Peraturan Tetap bagi meneliti sebelum dibentangkan semula semasa persidangan Belanjawan Selangor yang dijangka berlangsung pada Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan aturcara serta prosedur operasi standard (SOP) sidang DUN Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sink hari ini.

Bagi istiadat pembukaan sidang DUN pada Isnin depan, Suee Lim memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka mencemar duli berangkat pada istiadat itu.

Menurutnya, baginda telah menitahkan kepadanya supaya istiadat tersebut dijalankan secara ringkas.

“Oleh demikian, tiada upacara perbarisan yang akan dijalankan seperti lazimnya sebelum baginda dan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masuk ke dalam dewan persidangan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sidang DUN akan berlangsung selama dua minggu bermula 23 Ogos sehingga 6 – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI