fbpx

Alahan teruk, Scha Alyahya tetap sibuk bekerja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHA ALYAHYA

KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan kehamilan anak kedua pada 6 Ogos lalu, pelakon Scha Alyahya tetap menjalani rutin seninya seperti biasa apabila muncul menerusi satu sesi fotografi untuk jenama fesyen antarabangsa terkenal, Gucci. 

Menerusi hantaran dalam Instagramnya kelmarin, sesi fotografi tersebut merupakan penampilan terkini Scha selepas mengumumkan kehamilannya. 

Sebelum ini, penampilan terakhir Scha yang kini sedang hamil empat bulan adalah pada 16 Julai lalu menerusi pentas final program realiti Hero Remaja yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria. 

“Alahan pagi tapi masih kekal berfesyen,” tulis Scha pada sekeping gambar yang dikongsikannya. 

Terdahulu, suaminya yang juga pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari mendedahkan Scha mengalami alahan yang teruk ketika fasa awal kehamilan anak kedua mereka. Scha turut mengakui trimester pertama kehamilan kedua kali ini amat mencabar kerana mengalami alahan teruk. Pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen itu sangat sensitif dengan bunyi bising selain tidak gemar memegang telefon.

SCHA bersama suaminya, Awal dan anak mereka, Lara.

 

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan menimang anak sulung, Lara Alana pada Julai 2014. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI