fbpx

Istana Negara siar gambar pertemuan Agong, ketua-ketua parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah berkenan menerima mengadap ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara Selasa lalu.

PETALING JAYA – Laman Facebook Istana Negara pagi ini menyiarkan gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah berkenan menerima mengadap ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara Selasa lalu.

Istana Negara berkata, turut berangkat semasa sesi menghadap itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas kapasiti baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Turut hadir pada sesi menghadap ini Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.

“Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap secara maya ketua-ketua dan wakil-wakil komponen-komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diadakan sebelum sesi mengadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama ini,” kata Istana Negara.

Menurut Istana Negara lagi, sesi mengadap itu adalah lanjutan daripada peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI