fbpx

JKM kesan waris bayi, kanak-kanak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi dan kanak-kanak yang ditinggalkan di sekitar Petaling Jaya, dekat sini.

SHAH ALAM – Waris kepada seorang bayi dan kanak-kanak perempuan dikesan selepas mereka ditinggalkan di lokasi berasingan sekitar Petaling Jaya, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling berkata, bayi perempuan berusia sebulan ditemui dalam kotak perlindungan bayi di Orphan Care Petaling Jaya pada 19 Julai lalu.

“Bayi tersebut ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan.

“Bayi berbangsa Cina itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah jurucakap itu, kanak-kanak perempuan iaitu Eclies Eid Damisya, 5, pula ditinggalkan penjaganya dikenali sebagai Dayang Sarina kepada pengasuhnya sejak dua tahun lalu.

“Kita sudah mendapat perintah jagaan sementara dari Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya untuk membuat siasatan dan mengesan waris bagi kedua-dua mereka,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/2587. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI