fbpx

Penghuni PKRC Taiping larikan diri dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKRC Kompleks Rakan Muda Kamunting Taiping.

TAIPING – Tiga pesakit yang sepatutnya ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kompleks Rakan Muda Taiping di sini melarikan diri semalam.

Kejadian berlaku semasa proses pendaftaran kira-kira pukul 7.15 petang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 11.59 malam.

Menurut beliau, ketiga-tiga pesakit Covid-19 itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun, sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC tersebut selama 10 hari.

“Polis telah menjalankan pencarian di sekitar Taiping dan mendapat maklumat dua orang pesakit itu bersembunyi di stor sebuah rumah di Kamunting.

“Setelah mengesahkan kedua-dua identiti pesakit, polis telah meminta petugas kesihatan datang untuk mengambil mereka menjalani kuarantin di PKRC itu,” ujarnya.

Polis kini sedang giat mengesan seorang lagi pesakit. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI