fbpx

Dakwaan aktiviti kuari cetus kepala air tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi menyerahkan cek bayaran faedah Perkeso kepada balu pekerja Jerai Hills Resort, Sharuzi Mohamad yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai, semalam.

YAN – Fenomena kepala air di Gunung Jerai yang mengorbankan sehingga empat orang setakat ini bukan berpunca daripada aktiviti kuari di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor malah menyifatkan dakwaan yang timbul di media sosial itu sebagai tidak masuk akal.

“Aliran air ini berasal dari puncak gunung manakala kuari itu pula berada di bahagian bawah. Kalau nak kata semua air yang menyebabkan kejadian ini berpunca dari kuari, itu memang tak masuk akal.

“Saya tak tahu macam mana pihak tertentu boleh kaitkan benda yang berada di kaki gunung (kuari) sebagai punca tragedi kepala air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan ke rumah seorang daripada mangsa kejadian itu, Sharuzi Mohammad, 52, di Kampung Sedaka di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI