fbpx

Harus bersatu hati julang Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menggesa rakan-rakan sepasukan agar bersatu hati menjelang kejohanan Piala Thomas yang membuka tirai pada 9 hingga 17 Oktober nanti.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui satu tanggungjawab besar bakal digalasnya menjelang saingan Piala Thomas 2020 yang membuka tirai pada 9 hingga 17 Oktober nanti.

Pada undian Piala Thomas 2020 yang berlangsung kelmarin menyaksikan pasukan Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Jepun selain perlu berdepan Kanada dan England.

Bagaimanapun, Zii Jia mengakui tugas pada Piala Thomas nanti bukan dipikul olehnya sahaja, malah menuntut rakan se­perjuangan yang lain melakukan terbaik pada kejohanan itu nanti.

“Sudah tentu ini adalah satu tanggungjawab besar. Kejohanan ini bukan acara individu tetapi adalah berpasukan. Kali ini, mahu atau tidak kena ambil tanggungjawab untuk bawa pasukan Malaysia.

“Saya harap semua rakan-rakan sepasukan perlu bersatu hati dan tidak mengharapkan kepada saya untuk mencatat kemenangan. Semua kena bersatu hati dan itu paling penting,” katanya yang turun kali kedua pada Piala Thomas.

Zii Jia turut mengakui undian tersebut tiada yang luar biasa kerana pasukan yang bertanding seperti China, Jepun mahupun Denmark dilihat sebagai pasukan pilihan pada Piala Thomas.

“Bagi saya, lawan pasukan mana sekali pun adalah sama sahaja sebab pasukan tersebut agak lengkap berbanding kita yang rata-rata terdiri daripada pemain muda. Purata umur pa­sukan kita juga muda dalam 23 hingga 24 tahun,” tambahnya.

Ketika ini, Zii Jia mengakui dia akan turun semula menjalani latihan bersama pasukan negara selepas masih proses pemulihan selepas kembali beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Sudah dua minggu saya tidak turun jalani latihan dan setakat ini masih dalam proses pemulihan. Selepas itu kita akan jalani latihan seperti biasa.

“Saya harap selepas ini BAM (Persatuan Badminton Malaysia) akan rangka satu latihan bersama dan dapat meningkatkan semangat berpasukan menjelang kejohanan selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI