fbpx

21,720 kes sembuh, catat rekod tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dua hari berturut-turut negara merekodkan kes sembuh harian tertinggi selepas kes hari ini merekodkan 21,720 menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,220,446 kes.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan bagaimanapun meningkat kepada 255,534 kes termasuk 1,060 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 528 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, terdapat 178 kes kematian Covid-19 termasuk 23 warga asing terdiri daripada 109 lelaki dan 69 wanita dengan 35 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan kes kematian terkini sebanyak 13,480 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22,948 jumlah kes hari ini, sebanyak 457 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 22,491 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

Beliau berkata, sebanyak 17,981 kes (78.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap divaksinasi.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 187 kes kategori lima dilaporkan dengan 156 kes atau 83.4 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala 77 kes kategori empat dengan 65 kes atau 84.4 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 193 kes kategori tiga dengan 164 kes atau 85.0 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 10,900 kes kategori dua dengan 8,528 kes atau 78.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 11,591 kes kategori satu dengan 9,068 kes atau 78.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 42 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI