fbpx

Furuhashi bintang baharu Celtic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURUHASHI sudah meledak enam gol bersama Celtic musim ini. – CELTIC FC

GLASGOW – Penyerang Jepun, Kyogo Furuhashi terus mencipta impak tersendiri buat Celtic apabila meledak gol keenamnya dalam enam perlawanan bersama pasukan itu sejak berhijrah daripada Vissel Kobe pada Julai lalu.

Terbaharu, Furuhashi, 26, menjaringkan satu gol buat Celtic dalam kemenangan 2-0 ke atas wakil Belanda, AZ Alkmaar pada aksi pertama pusingan kelayakan Liga Europa di Celtic Park awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Celtic, Ange Postecoglou menghambur pujian tinggi terhadap prestasi cemerlang Furuhashi yang cepat menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sepasukan dan selesa mengadaptasi dengan suasana persekitaran baharu.

“Kyogo (Furuhashi) sentiasa menjadi ancaman kepada pasukan lawan sepanjang perlawanan ini. Dia tidak henti-henti me­ngasak bahu pemain-pemain pertahanan lawan.

“Selain itu, (Joe) Hart (penjaga gol Celtic) juga menunjukkan peningkatan. Dia berpengalaman dan kehadiran­nya memberikan keyakinan tinggi kepada pasukan,” kata Pontecoglou yang kini merakam lima kemenangan berturut-turut bersama Celtic.

Satu lagi gol Celtic ke atas Alkmaar awal pagi semalam diperoleh menerusi James Forrest.

“Kemenangan ini tidak akan membuatkan kami bermain secara bertahan untuk aksi timbal balik nanti (27 Ogos). Sebaliknya, kami akan terus mempamerkan corak permainan tersendiri ke­rana kami mahu menang,” jelas Pontecoglou.

Furuhashi yang menandatangani kontrak empat tahun de­ngan Celtic, mula mencipta nama dalam kalangan peminat pasukan itu selepas meledak hatrik pertamanya ketika membelasah Dundee United 6-0 dalam sai­ngan Liga Scotland awal bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI