NAMA pelakon Kim Yoo-jung semakin laris apabila dia kini banyak diberi kepercayaan rumah produksi bagi menjayakan pelbagai watak utama dalam drama.
Terbaharu, pelakon itu ketika ditemu bual menerusi program Shall We Talk menerima pujian yang mengatakan dia kini kelihatan lebih menawan.
Pun begitu, Yoo-jung bagaimanapun membuat pengakuan mengejutkan yang membuatkan ramai tidak percaya.
“Saya tidak secantik ini semasa kecil. Sekarang mata saya semakin mengecil atau wajah saya yang membesar. Apa pendapat anda?” soalnya.
Selepas mendengar jawapan tersebut, pengacara Kim Ea-na terus-menerus memujinya tanpa henti.
“Nak cantik bagaimana lagi Yoo-jung? Ini kan dah cukup cantik dan menawan,” puji pengacara itu sebelum kemudian disambut tepukan penonton yang hadir menonton program bual bicara santai tersebut.