fbpx

Locatelli akhirnya sah milik Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCATELLI menjalani ujian perubatan bersama Juventus sebelum memeterai perjanjian dengan gergasi Itali itu. – JUVENTUS FC

TURIN – Pemain tengah sensasi Itali, Manuel Locatelli percaya dia membuat keputusan tepat berhijrah ke Juventus daripada Sassuolo sekali gus menunaikan impiannya sejak kecil.

Sebagai rekod, The Old Lady bersetuju untuk menawarkan kontrak pinjaman selama dua tahun kepada Sassuolo bagi menandatangani khidmat Locatelli sebelum membelinya dengan harga tunai sebanyak £32 juta (RM185.9 juta) pada 2023.

Locatelli yang mengikat kontrak sehingga musim 2026 berterima kasih dengan kepercayaan dan peluang yang diberikan Sassuolo selama ini selepas memberikannya tempat dalam kesebelasan utama sejak berhijrah daripada AC Milan pada 2018.

“Saya agak terkilan apabila tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada semua penyokong Sassuolo yang sentiasa berada di belakang saya sejak tiga tahun lalu.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan jurulatih dan rakan-rakan sepasukan yang menyokong saya sehingga berjaya diserapkan dalam skuad kebangsaan The Azzurri sekali gus menjuarai Euro 2020 baru-baru ini.

“Bagaimanapun, saya harap mereka memahami keputusan saya untuk berhijrah ke Juventus. Ia terpaksa dilakukan demi perkembangan karier saya ke satu tahap yang lebih baik,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Locatelli yang mencipta sensasi tersendiri pada Euro 2020, turut menjadi buruan beberapa kelab utama Eropah termasuk Arsenal tetapi telah menolak tawaran yang diberikan kerana lebih berminat untuk kekal beraksi dalam kancah Serie A. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI