fbpx

Rumah jadi transit minyak masak, gula subsidi seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stok minyak masak dan gula bernilai RM6,396 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bechah Palas, Pasir Mas semalam. FOTO : IHSAN POLIS

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki yang menjadikan rumahnya sebagai transit penyimpanan dua jenis barangan bersubsidi bernilai RM6,396 sebelum diseludup ke negara jiran terbongkar selepas polis menyerbu kediaman tersebut di Kampung Bechah Palas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menjalankan serbuan di rumah itu kira-kira pukul 4.20 petang sebelum merampas 2.38 tan minyak masak bersubsidi dan 240 kilogram gula.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, polis turut menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rampasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, suspek menyimpan minyak masak dan gula di dalam rumahnya sebelum dibawa ke sempadan negara untuk diseludup ke negara jiran.

“Kesemua barangan itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI