fbpx

Liverpool bimbang Salah ‘angkat kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) mahu menerima gaji mingguan yang lebih tinggi sebelum menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu. – LIVERPOOL FC

LIVERPOOL – Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool terdesak untuk ‘merantai’ khidmat bintang sensasi, Mohamed Salah lebih lama di Anfield dengan menandatangani kontrak jangka panjang baharu dalam masa terdekat.

Salah yang berhijrah daripada AS Roma ke Liverpool pada 2017, menjadi tunjang skuad kendalian Jurgen Klopp itu apabila menjuarai pelbagai trofi antaranya EPL, Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia sebelum ini.

Penyerang antarabangsa Mesir itu membuktikan prestasinya sentiasa konsisten apabila muncul pemain pertama meledak gol dalam aksi pembukaan EPL untuk lima musim berturut-turut.

Ejen peribadi Salah, Ramy Abbas Issa menggesa pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) agar segera melakukan rundingan dengan Salah yang akan tamat kontrak pada 2023.

Buat masa ini, Salah, 29, adalah antara penerima gaji termahal di Anfield, setanding dengan bintang tengah Sepanyol, Thiago Alcantara berjumlah £200,000 (RM1.16 juta) seminggu.

Difahamkan, Salah hanya akan berbincang dengan FSG untuk menandatangani kontrak lanjutan baharu jika mereka menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya sesuai dengan sumbangannya kepada Liverpool sejak lima tahun lalu.

Sejak awal bulan ini, Liverpool sudah mula menawarkan kontrak jangka panjang baharu kepada beberapa pemain utama pasukan itu seperti Trent Alexander-Arnold, Alisson, Virgil van Dijk dan Fabinho.

Malah, Van Dijk yang beraksi sebagai pemain pertahanan, te­lah memecahkan rekod peneri­ma bayaran tertinggi The Reds apabila pihak pengurusan menaikkan gaji mingguannya kepada £220,000 (RM1.27 juta) berbanding £180,000 (RM1.04 juta) diterimanya sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI