fbpx

Sembunyi dadah RM1.1 juta dalam penyedut asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah bernilai RM1.1 juta disembunyikan dalam alat penyedut asap (memasak) ketika serbuan di sebuah pejabat syarikat penghantaran di kawasan Pudu, dekat sini.

KUALA LUMPUR – Taktik licik sindiket pengedaran dadah menyembunyikan bahan terlarang dalam alat penyedut asap (memasak) terbongkar dengan penahanan enam lelaki di sebuah apartment di Pandan Perdana, dekat sini Ahad lalu.

Suspek yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 31 tahun itu diberkas kira-kira pukul 10.40 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi Op Castor.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, polis telah membuat serbuan susulan di sebuah pejabat syarikat perkhidmatan penghantaran di kawasan Pudu.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas enam kotak (berwarna coklat) yang mana di dalamnya terdapat alat penyedut asap memasak yang akan dipasarkan ke luar semenanjung Malaysia.

“Polis turut menjumpai 30 bungkusan plastik bertulis ‘Qing Shan’ mengandungi dadah disyaki syabu bernilai RM1.1 juta
yang disembunyikan di dalam alat penyedut asap tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada kesemua suspek adalah positif manakala lima suspek pula mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Melalui tangkapan dan rampasan ini, polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan yang dipercayai aktif baru sebulan di sekitar kawasan Lembah Klang,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI