fbpx

TMJ beri jaminan kadar vaksinasi di Johor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim beri keyakinan kepada rakyat di negeri ini bahawa kadar vaksinasi akan meningkat dalam masa terdekat.

Tunku Ismail berkata, Johor merupakan salah satu negeri yang mencatatkan jumlah vaksinasi yang tertinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, akan tetapi disebabkan oleh populasi rakyat Johor yang tinggi menyebabkan peratusan yang menerima vaksin masih rendah pada ketika ini.

“Johor merupakan salah satu negeri yang jumlah vaksin antara yang tertinggi tetapi kerana populasi negeri yang tinggi, kadar vaksinasi masih rendah.

“Bagaimanapun saya percaya kadar vaksinasi kita akan meningkat dalam masa yang terdekat. Saya akan terus pantau dan push kerajaan,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI