fbpx

Kemasukan pesakit di HTAR terus berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain ( paling kanan ) dan Azmizam ( dua kanan ) semasa penyerahan kontena di HTAR, Klang hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Kemasukan harian pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini didapati semakin berkurangan sebanyak 70 peratus ketika ini.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, ini susulan peningkatan vaksinasi diterima orang ramai yang seterusnya membantu angka penurunan itu.

Katanya, bilangan pesakit yang memasuki wad dilaporkan bawah 100 individu sejak awal bulan ini berbanding 400 pesakit pada Julai.

“Kebanyakan pesakit yang diterima minggu ini merupakan individu berusia 50 tahun ke atas yang belum divaksin.

“Jadi, kita galakkan orang ramai supaya mengambil imunisasi ini bagi mencegah jangkitan termasuk ibu mengandung,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kontena menyimpan mayat pesakit Covid-19 sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri dengan kerjasama beberapa pihak.

Zulkarnain menjelaskan kontena tersebut dapat digunakan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan ruang untuk jenazah pesakit Covid-19 pada masa depan.

“Kontena tersebut digunakan untuk memastikan jenazah pesakit terpelihara sebelum dikebumikan atau dikremasi,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI