fbpx

AS akan bawa pulang rakyatnya dari Afghanistan sebelum 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden berjanji untuk mempercepatkan proses membawa pulang rakyatnya dari Afghanistan sebelum 31 Ogos ini. – Getty Images

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan membawa keluar semua rakyatnya dengan selamat dari Afghanistan meskipun tarikh akhir pengunduran tentera AS tamat pada 31 Ogos ini, lapor akhbar New York Daily News semalam.

“Jika ada rakyat AS yang masih berada di Afghanistan, tentera kita akan kekal berada di situ untuk membawa mereka keluar,” katanya dalam wawancara dengan saluran berita ABC News yang disiarkan semalam.

Ketika ditanya sama ada tentera AS akan kekal berada di Kabul selepas 31 Ogos ini, Biden menafikan perkara itu.

“Rakyat AS perlu faham bahawa kita akan cuba menyelesaikannya (urusan membawa pulang rakyat AS) sebelum 31 Ogos ini,” jawabnya.

Buat masa ini, AS sedang bekerjasama dengan kumpulan Taliban untuk memastikan keselamatan proses membawa pulang rakyat negara itu dan penduduk Afghanistan yang cuba untuk memasuki lapangan terbang di Kabul.

Bagaimanapun, selepas kumpulan Taliban mengambil alih kawasan sekitar lapangan terbang Kabul, Jabatan Negara memaklumkan bahawa pihaknya  tidak dapat menjamin keselamatan orang ramai yang mahu menuju ke lapangan terbang itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI