fbpx

Rossa teruja wajahnya muncul di Times Square, New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossa tidak pernah menyangka wajahnya akan terpampang di skrin gergasi di Times Square, New York.

JAKARTA – Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa bangga apabila wajahnya terpampang di salah satu papan iklan digital (billboard) di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 42, berkongsi kegembiraan itu dalam Instagram miliknya dengan mengakui bahawa dia tidak menyangka wajahnya terpampang di skrin gergasi itu.

“Wanita pada papan iklan gergasi itu adalah saya!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Ayat-Ayat Cinta itu difahamkan terpilih untuk menghiasi papan iklan tersebut bersempena dengan kempen yang disebut Equal yang dianjurkan oleh platform penstriman muzik, Spotify.

Selain Rossa, antara wajah selebriti lain yang turut dipaparkan pada papan iklan digital gergasi itu ialah penyanyi, Billie Eilish dan selebriti berasal dari Hong Kong, Sammi Cheng.

Perkongsian Rossa itu turut mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada peminatnya dalam Instagram apabila mereka turut berkongsi rasa bangga dengan pencapaian penyanyi kesayangan mereka itu.

“Saya turut tumpang berbangga dengan Teh Oca (panggilan Rossa),” ujar salah seorang peminatnya.

“Kamu telah membuat Indonesia berasa bangga,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Sekadar info, penyanyi Malaysia yang pernah menerima penghargaan yang sama ialah Yuna dan penyanyi baharu Layla Sania. -K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI