fbpx

‘Saham’ Pochettino makin melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO

LONDON – Khidmat bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino kini menjadi rebutan apabila Manchester City menjadi pasukan kedua menyatakan minat.

Sebelum ini, Pochettino dilaporkan sedang diburu oleh Barcelona selepas pasukan itu hampir pasti memecat jurulatih mereka, Quique Setien ekoran kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich sebelum ini.

Bagaimanapun, Pochettino dikatakan lebih berminat untuk mengambil jawatan di Etihad kerana lebih gemar berada di England.

Guardiola kini hanya mempunyai baki kontrak selama 10 bulan bersama The Citizens dan kekalahan kepada Olympique Lyon pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara menyebabkan kedudukannya tergugat.

Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dilaporkan tidak gembira dengan prestasi City musim ini selepas kegagalan mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Pochettino, 48, pula cukup terkenal dalam kala­ngan pengurusan dan peminat Barcelona kerana pernah bermain dan membimbing pasukan Espanyol yang turut berpangkalan di Barcelona.

Kelab gergasi La Liga itu percaya, Pochettino memiliki kemampuan istimewa termasuk kejayaan mengemudi Spurs mara ke pentas final Liga Juara-Juara musim lepas biarpun akur selepas tewas kepada Liverpool.

Pochettino masih memiliki rumah di Hertfordshire dan ketika melepaskan jawatan di Spurs, beliau berjanji untuk kembali mengemudi pasukan di England.

Jika benar City sudah bosan dengan Guardiola yang gagal memberikan kejayaan di pentas Eropah selepas empat musim, bermakna Pochettino mungkin menjadi calon paling dekat untuk mengambil alih tugas berkenaan untuk memberikan mereka harapan baharu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI