fbpx

Promosi tudung, guna muzik ‘curi’, Fazura mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura memohon maaf atas atas kesilapan yang dilakukan tempoh hari.

PETALING JAYA – Gara-gara dikecam menggunakan karya dan hak cipta orang lain tanpa kebenaran untuk promosi tudung keluarannya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura tampil membuat permohonan maaf kepada sebuah kumpulan rock tanah air, Deepset.

Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan Fazura dan pasukannya selepas kumpulan tersebut memuat naik ciapan menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan Fazura.

“Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada @deepsetan bagi pihak editor saya kerana menggunakan lagu anda tanpa kebenaran dalam video kempen terbaru kami untuk @tudungfazura.

“Kami menghargai anda menghubungi kami dan video telah dipadam dalam semua platform media sosial kami,” tulis Fazura membalas ciapan kumpulan tersebut.

Terdahulu, Deepset menerusi satu ciapan dalam Twitter miliknya menegur isteri kepada pelakon dan juga penyanyi Fattah Amin itu kerana menggunakan karya muzik mereka tanpa meminta sebarang kebenararan.

“Hai, untuk pengetahuan anda semua, muzik kami digunakan dalam iklan tanpa kebenaran. Kami ingin mendapatkan kerjasama anda untuk keluarkan lagu tersebut dari iklan itu segera,” ciap Deepset.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dilihat mengecam Fazura atas tindakan yang tidak sepatutnya berlaku selain menyifatkan dia sebagai pencuri karya dan hak cipta orang lain.

Beberapa minit selepas memuat naik permohonan maaf daripada, Deepset turut memuat naik status mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan usahawan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI