PETALING – Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, namun khidmat dan tanggungjawab Tan Sri Annuar Musa terhadap warga kota tetap diteruskan.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebook, Annuar hari ini sempat melawat dan singgah ke beberapa gerai penjaja tepi jalan bagi menyantuni peniaga terbabit.
“Pagi ini selepas senaman, saya ambil peluang singgah di beberapa gerai tepi jalan. Saya gembira ramai anak muda berniaga, walaupun sesetengah mereka tanpa lesen.
“Saya berharap kerajaan akan datang dapat terus memberi ruang memudahkan mereka berniaga, keadaan semakin pulih,” tulisnya di laman Facebook.
Kata Annuar, sehingga kini terdapat kira-kira 10,000 peniaga sejak ‘Wilayah Bebas Berniaga’ dilancarkan.
“Saya doakan anda semua berjaya Insya-Allah,” doa Annuar.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji tindakan Ahli Parlimen Ketereh itu yang tidak jemu membantu dan melayan kerenah warga kota.
Pada masa sama, mereka mendoakan agar Annuar kembali dalam barisan kabinet serta menerajui semula Kementerian Wilayah Persekutuan.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929