fbpx

Identiti tiga mangsa rentung belum dapat dibuktikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Masjid Negeri, George Town pada Isnin lalu.

GEORGE TOWN – Usaha pengecaman mayat tiga individu yang rentung di dalam kereta jenis Toyota Vios yang terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi Isnin lalu tidak dapat dibuktikan biarpun tiga keluarga tampil mendakwa waris mangsa semalam.

Mereka hadir bagi membuat pengecaman mayat di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika urusan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit dijalankan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, pengecaman mayat tidak dapat membuktikan mereka yang hadir itu merupakan waris mangsa disebabkan barang peribadi yang diperolehi daripada ketiga-tiga mayat adalah tidak mencukupi.

“Ia juga berikutan tiada ciri-ciri pengenalan khas pada kesemua mangsa yang boleh membantu pengecaman.

“Pihak forensik telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada setiap individu yang mendakwa waris si mati untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan identiti,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Soffian berkata, hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat terbakar.

Menurutnya, mayat mangsa ketika ini disimpan di dalam bilik peti sejuk Jabatan Forensik sehingga pengesahan DNA mayat diperolehi sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Kosmo! Online Isnin lalu melaporkan tiga individu rentung dalam kebakaran kereta Toyota Vios yang hangus dijilat api selepas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri di sini kira-kira pukul 2.50 pagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI