SABAK BERNAM – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam Sungai Sabak Bernam berhampiran sebuah tokong di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata berkata, seramai 25 anggota termasuk pegawai serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.57 petang.
Katanya, mereka semua dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Shah Alam dan Klang selain Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Sabak Bernam.
“Berdasarkan maklumat, lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai terjun ke dalam sungai tersebut sebelum dibawa arus.
“Pencarian dilakukan menggunakan tiga buah bot bomba dan sebuah bot nelayan. Operasi turut melibatkan selaman oleh anggota PPDA di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan lelaki tersebut dibawa arus sungai tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929