fbpx

Ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda di beberapa daerah di sembilan buah negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan itu berlarutan sehingga pukul 11 pagi.

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Bagi negeri Terengganu pula, daerah yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya MetMalaysia di laman Facebooknya.

Sementara itu, di Selangor pula melibatkan daerah Hulu Langat, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semua kawasan dilanda hujan pagi ini.

“Bagi Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat adalah di Jelebu, Seremban dan Port Dickson, manakala Melaka hampir keseluruhan kawasan.

“Di Johor pula, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Muar, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala bagi Sarawak melibatkan daerah Kapit (Bukit Mabong) serta di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” kata MetMalaysia.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI