fbpx

8 ditahan melepak di kawasan jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas sekumpulan individu di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor bagi mengesan individu yang melanggar arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh PPN Fasa 1.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seramai lapan individu dikompaun selepas berkumpul di kawasan tempat jangkitan tanpa mengamalkan penjarakan fizikal di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pemeriksaan mendapati kesemua mereka berusia 20 hingga 26 tahun itu juga didapati tinggal berlainan alamat rumah.

“Dalam operasi itu, sebanyak dua buah motosikal disita dan 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik seperti modifikasi kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita mengingatkan kepada orang ramai bahawa penguatkuasaan dan pemerkasaan prosedur operasi standard (SOP) oleh polis Kota Tinggi akan dibuat secara berterusan dan menyeluruh meliputi seluruh daerah Kota Tinggi.

“Mana-mana individu yang ingkar, boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, orang ramai diingatkan agar mematuhi arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 1 ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI