SEJAK minggu lalu, hampir setiap hari pasti ada sahaja berita tentang selebriti wanita tanah air mula bertudung.
Ada yang menjadikan 1 Muharam sebagai titik perubahan, tidak kurang juga yang menjadikan kisah pemergian Siti Sarah sebagai inspirasi untuk berubah.
Antara pelakon yang sudah mula bertudung ialah Izara Aishah dan Siti Elizad. Memang sejuk mata melihat penampilan terbaharu mereka.
Ketika ramai memuji kedua-dua pelakon itu, Emma Maembong juga turut terkena tempias yang sama.
Dalam satu perkongsian InstaStory, ada netizen yang mendoakan supaya hati Emma terbuka untuk kembali bertudung semula.
“Semoga Kak Emma terbuka hati untuk berhijab kembali. Sayang awak,” tulis netizen berkenaan.
Tidak melenting mahupun mengiyakan, Emma membalas: “Amin, terima kasih. Sayang awak juga.”
Malah, dia juga turut memuat naik foto lamanya yang manis berhijab.
Semoga apa yang dihajatkan oleh netizen tersebut akan tertunai satu hari nanti. Semoga termakbul doa itu ya Emma.
MIZZ LAHAR: Kes saman Siti Nordiana dengan lima sekawan baru bermula, muncul pula kemelut Che Ta dan Diva AA. Tahun ini memang banyak dugaan ya.