fbpx

Nenek terima dua dos vaksin sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Somwang (kanan) menunjukkan lengan kanannya kepada anak lelakinya, Boonsong ketika bercakap dengan media Thailand mengenai pengalamannya yang mendapat dua suntikan vaksin AstraZeneca pada 14 Ogos lalu. - Bangkok Post

BANGKOK – Seorang wanita warga emas dari Thailand secara tidak sengaja telah diberikan dua dos vaksin Covid-19 dalam masa sehari ketika menghadiri temu janji vaksinasi dos kedua di sebuah pusat vaksinasi, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik seorang pengguna di Facebook, nenek berusia 70 tahun yang berasal dari wilayah Buri Ram itu menerima dua dos vaksin AstraZeneca.

“Satu-satunya di Buri Ram. Nenek Somwang Jukul menerima dua dos vaksin AstraZeneca pada masa yang sama, pada 14 Ogos lalu.

“Pagi ini, seorang pegawai kesihatan telah menghubungi dan bertanya tentang keadaan wanita itu kerana bimbangkannya. Dia berada dalam keadaan baik, terima kasih atas keprihatinan anda,” kata keterangan pada hantaran Facebook tersebut.

Sementara itu, dalam satu temubual bersama seorang wartawan di kediamannya, Somwang memberitahu bahawa dia pergi ke pusat vaksinasi itu bersama suami, anak lelakinya yang merupakan seorang peguam dan seorang saudara.

Kesemua mereka mempunyai temu janji bagi dos kedua vaksin AstraZeneca selepas menerima dos pertama vaksin Sinovac pada 24 Julai lalu.

Selepas dipanggil masuk ke dalam zon vaksinasi, Somwang berkata, dia disuntik pada bahagian lengan kanannya.

Bagaimanapun, ketika duduk di meja menunggu, dia dipanggil oleh seorang jururawat lain.  Tanpa bertanya sebarang soalan, Somwang diminta duduk dan diberikan suntikan dos kedua di lengan kirinya pula.

Wanita tersebut tidak menolak kerana tidak mengetahui bahawa perkara itu merupakan satu kesilapan, sehinggalah dia memaklumkan perkara itu kepada anaknya, Boonsong.

Bagaimanapun, menurut Boonsong, ibunya tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau menunjukkan sebarang simptom luar biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI