fbpx

Berang dipecat, pekerja lepaskan singa majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singa bernama Hei Man itu telah dilepaskan secara sengaja oleh bekas pekerja pemiliknya yang tidak berpuas hati kerana dipecat. -YouTube

PHNOM PENH, KEMBOJA – Pemilik kepada seekor singa yang dikesan bersiar-siar di beberapa batang jalan di Phnom Penh mendakwa haiwan itu sengaja dilepaskan oleh seorang pekerjanya yang tidak berpuas hati kerana dipecat, lapor laman berita United Press International semalam.

Singa yang dinamakan Hei Man itu menjadi tajuk utama berita pada awal musim panas lalu ketika ia ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ia dikembalikan semula kepada pemiliknya, Zhai Xinjiang pada awal Julai lalu.

Singa itu bagaimanapun dikesan bersiar-siar pada Isnin lepas di beberapa batang jalan sekitar Phnom Penh dan beberapa orang saksi menangkap foto serta video haiwan tersebut sebelum ia dikembalikan ke kediaman pemiliknya.

Menurut Xinjiang, Hei Man telah dilepaskan oleh bekas pekerjanya yang tidak berpuas hati selepas dipecat.

“Pekerja tersebut telah dipecat kerana menipu dan sebagai balasan, dia telah melepaskan Hei Man,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata, sebaik sahaja Hei Man dipulangkan kepada Xinjiang pada bulan lalu, lelaki itu bersetuju untuk meletakkan singa tersebut di dalam kawasan yang bersesuaian sebagai syarat sebelum kembali memelihara haiwan eksotik itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI