fbpx

Virus Covid-19 dikesan pada bungkusan durian dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden penemuan virus Covid-19 ini bagaimanapun tidak akan menghentikan urusan import durian dari Thailand. - The Nation

BEIJING- Pejabat Hal Ehwal Pertanian (OAA) Kedutaan Thailand di Beijing, China memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan virus Covid-19 pada permukaan bungkusan durian yang diimport dari negara Gajah Putih itu, lapor laman Thaiger News kelmarin.

Kes yang berlaku di Pasar Haudongcheng di Ganzhou, timur China itu dilaporkan pada minggu lalu dan OAA telah mengarahkan semua pihak yang terlibat mengendalikan bungkusan itu untuk menjalani ujian saringan.

Meskipun keputusan ujian adalah negatif namun mereka diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri mengikut peraturan negara China.

Bungkusan durian yang dipercayai memiliki kesan virus Covid-19 itu juga sudah disimpan di tempat selamat namun tiada maklumat lanjut mengenai cara penyimpanan dan pihak yang bertanggungjawab ke atasnya.

Sementara itu, OAA memberitahu bahawa bungkusan buah-buahan lain dan kawasan sekitar pasar sudah disembur dengan cecair sanitasi sebaik sahaja kes tersebut dilaporkan.

OAA juga telah membincangkan masalah itu dengan Pentadbiran Umum Kastam China dan mengesahkan bahawa China tidak akan berhenti mengimport produk dari pembekal Thailand mereka.

“Urusan import buah durian dari pembekal Thailand tidak akan dihentikan kerana berdasarkan siasatan awal, kesan virus Covid-19 ditemui di kawasan tempatan dan bukan di pusat pemeriksaan kastam.

“Ini menunjukkan kemungkinan besar ia dipindahkan dari pihak yang mengendalikan bungkusan ketika tiba di pasar tersebut,” ujar kenyataan OAA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI