fbpx

Ahmad Zahid tolak untuk dicalonkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu dirinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas mesyuarat bersama kepimpinan Pas Pusat di Menara Dato’ Onn hari ini.

Ahmad Maslan.

“Presiden menarik diri daripada dicalonkan. Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi, dalam mesyuarat bersama Ahli Parlimen, dia ada sebut dan mesyuarat biro politik dia maklum juga menarik diri daripada dicalonkan.

“Orang nombor dua iaitu Tok Mat (Mohamad), tapi tidak memenuhi kriteria sebagai calon sebab dia ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri). Jadi kita pergi yang nombor tigalah iaitu Ismail Sabri. Sebab dia ada pengalaman sebagai menteri kanan yang mengurus Covid-19, ada pengalaman jadi ketua pembangkang serta pengalaman jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI