fbpx

Kapal Tangki Malabo ditahan berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki dari Malabo ditahan APMM selepas disyaki berlabuh secara haram di Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor malam semalam. - Foto: IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki berdaftar di Malabo ditahan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor selepas ingkar mengikuti peraturan ketika berada diperairan negara dengan tidak mendapatkan kebenaran berlabuh.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki yang tidak membawa sebarang muatan itu ditahan pada pukul 7.15 malam semalam di kedudukan 14.5 batu nautika timur Tanjung Penawar.

“Kapal tangki itu ditahan setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa pasukan penguat kuasa APMM dalam satu rondaan operasi.

“Kapal berkenaan dikendalikan tujuh lelaki warga Indonesia termasuk nakhoda, berumur dalam lingkungan 21 hinga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya Maritim Malaysia sekali lagi ingin menegaskan supaya pemilik atau ejen perkapalan mengikut peraturan yang ditetapkan apabila memasuki perairan Malaysia.

Katanya kapal yang memasuki perairan negara juga diminta segera beredar bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil kerana operasi seperti ini akan digiatkan lagi dari masa ke semasa.

“Sebarang aduan kesalahan atau kecemasan di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 atau talian kecemasan MERS 999,”katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI