fbpx

Duit berjuta pun tak berguna kalau sakit – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan penularan wabak maut Covid-19 yang semakin membimbangkan, penyanyi Elyana turut meluahkan saranan agar semua orang terus menjaga kesihatan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Elyana menerusi hantaran dalam Instagramnya memberitahu, wang yang berjuta tidak akan bermakna jika jatuh sakit akibat mengabaikan kesihatan.

“Assalamualaikum semua. Tolong jaga kesihatan okey. Makan suplemen yang boleh kuatkan sistem imun badan.

“Kalau kita sakit, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan yang baik. Saya sayang kamu semua,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan pelantun lagu Kalis Rindu itu.

“Sangat-sangat setuju dengan apa yang kak Elyana kata. Di saat ini, kesihatan lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit.

“Semoga akak diberi kesembuhan dan kekuatan serta dilimpahi nikmat kesihatan yang berpanjangan. Teruskan berjuang,” tulis netizen.

Terdahulu, Elyana memaklumkan ibu tercintanya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.

Dalam perkembangan lain, Elyana baru-baru ini turut berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan radioterapi kanser limfoma yang dihidapinya

Penyanyi Elyana baru-baru ini, berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan radioterapi bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI