fbpx

48 pencari kerja ditipu sejak Januari, rugi RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seramai 48 individu terdesak mencari pekerjaan menjadi mangsa penipuan syarikat jualan dalam talian yang menawarkan peluang menjadi ejen tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian hampir RM700,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra berkata, ia berdasarkan laporan polis yang diterima sejak Januari sehingga 16 Ogos lalu membabitkan mangsa berusia antara 23 hingga 35 tahun.

Ujarnya, terbaharu, seorang wanita berusia 23 tahun menjadi mangsa dan menanggung kerugian berjumlah RM8,000 selepas kononnya ditawarkan menjadi ejen pembelian yang membantu menaikkan rating peniaga kecil dalam talian dengan kaedah pembelian barangan syarikat terbabit.

“Pada 13 Ogos lalu, seorang wanita turut membuat laporan polis mendakwa mengalami kerugian RM8,000 selepas memasukkan wang tersebut ke dalam akaun diberikan suspek yang kononnya sebagai modal pembelian produk syarikat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI