fbpx

Eksekutif didakwa terima wang deposit tanpa lesen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Muhamad Fadzli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor hari ini atas tuduhan menerima wang tanpa lesen yang sah, Mac tahun lalu. - Foto: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bekas pegawai eksekutif syarikat makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang tanpa lesen yang sah berjumlah RM10,000 di Kulai, Mac tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Fadzli Jamaludin, 31, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menerima deposit daripada seorang lelaki berjumlah RM10,000 tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (AKTA 758).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11.27 malam di No. 94 Jalan Manis 8, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai, pada 3 Mac 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (AKTA 758) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama.

Bagi pendakwaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Chai Ing Hien manakala tertuduh diwakili peguam B. Puvarasan.

Mahkamah dicadangkan untuk mengenakan jaminan sejumlah RM20,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Puvarasan memohon jaminan diringankan di bawah RM10,00 memandangkan anak guamnya hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik selain mempunyai dua orang tanggungan termasuk anak yang berusia dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan tawaran jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 29 September depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes dan untuk serahan dokumen. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI