fbpx

Pemilik, pengusaha 22 aktiviti ekonomi diarah patuhi peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan semua 22 sub-sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi di bawah fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos lalu, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

KPDNHEP menerusi kenyataan akhbar memaklumkan selaras dengan pembukaan semula sub-sektor tersebut, semua pemilik premis perniagaan perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19.

Katanya lagi, ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap iaitu telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin dua dos atau mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan jika menerima vaksin satu dos.

“Semua syarikat di bawah sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi semula tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap untuk beroperasi,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI