PETALING JAYA- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan satu perkhabaran gembira hari ini sekali gus berkemungkinan menjawab persoalan mengenai status calon Perdana Menteri baharu.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan enggan menjelaskan berita gembira itu dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk mengumumkannya.
“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.
“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi,” katanya seperti yang dipetik laporan sebuah akhbar ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika disoal mengenai keberangkalian terdapat berita gembira untuk PN selepas calon PM belum diumumkan buat masa ini.
Malam tadi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929