fbpx

BN calonkan Ismail Sabri sebagai PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Mesyuarat di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu.

Perkara itu telah disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas selesai Mesyuarat Ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn sebentar tadi.

Menurut beliau, nama Naib Presiden UMNO itu telah dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 4 petang esok.

Difahamkan, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti mudah 111 Ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan seorang calon Barisan Nasional (BN) sudah memiliki sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya berkata, BN yang mempunyai 42 kerusi di Parlimen berjaya mendapatkan sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli Parlimen beberapa parti.

Ia sekali gus melebihi sokongan majoriti 111 daripada 220 kerusi Ahli Parlimen yang diperlukan.

“Kami amat terharu kerana sejumlah lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetujui untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI