fbpx

Seorang calon BN sudah cukup majoriti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan seorang calon Barisan Nasional (BN) sudah memiliki sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya berkata, BN yang mempunyai 42 kerusi di Parlimen berjaya mendapatkan sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli Parlimen melibatkan beberapa parti, sekali gus melebihi sokongan majoriti 111 daripada 220 kerusi Ahli Parlimen yang diperlukan.

“Realiti politik hari ini, memerlukan muafakat, bukan pertelingkahan yang berterusan. Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen dan wakil parti-parti sahabat yang lain untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah lebih daripada 69 yang diperlukan, bersetuju memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon BN,” tulisnya sebentar tadi tanpa menyebut nama calon berkenaan.

Katanya, Ahli Parlimen BN akan bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada malam ini untuk berbincang perkembangan tersebut dan beliau sendiri telah menghubungi Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO untuk mendapatkan kata sepakat dengan mengambil kira perkembangan terkini serta surat notis daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat  hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akaun bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada pihak Istana Negara, sebelum pukul 4 petang esok.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI