fbpx

PDRM umum pertukaran 7 pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tujuh pegawainya berkuat kuasa 20 September depan.

Seorang daripadanya ialah Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan yang akan ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, tempat beliau akan digantikan Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-undang, JSJ, Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) S. Shanmuga Moorthy dengan memangku pangkat SAC.

“Manakala ACP Wan Mohd. Zahari Wan Busu yang memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Pahang pula akan tukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang.

“Kekosongan yang ditinggalkan beliau akan diganti oleh Superintendan Mohd. Fakhrurazie Che Sulaiman dengan memangku pangkat ACP,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew pula akan bertukar sebagai Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman dan tempat beliau akan digantikan oleh ACP Azman Ali.

“Manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Ismail Man pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua JSPT Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI