fbpx

Jurutera, penolong jurutera antara lima individu ditahan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Lima termasuk tiga kakitangan kerajaan sebuah jabatan kerajaan ditahan bagi membantu siasatan rasuah kerja-kerja dilaksanakan kontraktor dianggarkan lebih RM130,000.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia 37 hingga 45 tahun ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor antara jam 1.30 hingga 5 petang tadi selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, jurutera dan seorang penolong jurutera yang bertugas di sebuah daerah di negeri itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM120,000 daripada kontraktor terbabit.

“Difahamkan, kontraktor terbabit tidak layak untuk memperoleh projek tersebut namun telah menggunakan nama syarikat-syarikat lain bagi membolehkan mereka mendapat projek itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber turut memberitahu, seorang lagi penolong jurutera yang bertugas di tempat sama pula turut dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM8,000 daripada sebuah syarikat kontraktor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan permohonan reman kesemua suspek akan dilakukan pukul 9 pagi esok di Mahkamah Majistret di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI