fbpx

Hafizh mahu bangkit di Litar Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH kini mengintai peluang untuk memperbaiki kedudukannya dalam saingan Moto2 pada Grand Prix (GP) Britain berlangsung 29 Ogos ini.

SELEPAS kecewa dengan dua perlumbaan di Litar Red Bull Ring, Austria, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad memperbaiki kedudukannya menghadapi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto2 seterusnya iaitu Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone pada 29 Ogos ini.

Setahun selepas terbabit dalam insiden yang hampir mera­gut nyawanya di Litar Red Bull Ring, Spielberg, Hafizh menyifatkan selekoh keenam, ketujuh dan terakhir di trek tersebut sangat mencabar.

Bagaimanapun, Hafizh memperoleh keputusan positif pada saingan GP Austria, Ahad lalu apabila bangkit menduduki tempat ke-18 meskipun gagal menamatkan perlumbaan pertama di Red Bull Ring pada GP Styria, 8 Ogos lalu.

“Dua perlumbaan di Austria agak sukar sedikit bagi saya. Perlumbaan pertama saya terjatuh waktu berlumba dan saingan kedua saya ada peningkatan dari segi kelajuan mahupun secara umum di Red Bull Ring.

“Bagi saya, perlumbaan kedua agak sukar kerana cuaca yang lebih panas. Saya bergelut untuk mengekalkan kelajuan dengan kelompok 16 terbaik. Ini kerana pada waktu panas sebegini tayar belakang lebih banyak berputar berbanding semasa sesi latihan bebas atau kelayakan.

“Saya bergelut sikit untuk mendapatkan kelajuan tertinggi apabila keluar selekoh. Bagi saya selekoh keenam, ketujuh dan terakhir sangat mencabar untuk mengekalkan kelajuan.

“Rakan sepasukan saya, Barry Baltus pun berdepan masalah sama. Saya mudah tercicir. Di tiga selekoh ini sahaja saya tercicir 0.5 saat. Sebab itu sukar untuk saya mengekalkan kelajuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI