fbpx

Malaysia tukar kerajaan, Caprice nak balik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE memberi bayangan bahawa dia akan pulang ke Malaysia selepas menyelesaikan beberapa kerja di Mesir.

PETALING JAYA – “Tidak lama lagi. Kita selesaikan kerja di sini dahulu.”

Itu respons ringkas penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan apabila disoal seorang netizen bila agaknya dia akan pulang ke Malaysia memandangkan Malaysia akan bertukar tampuk pemerintahan dalam sedikit masa lagi.

Dua bulan di Mesir dan masih belum berjaya memasuki Gaza, Palestin, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli memaklumkan, dia juga kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu hasil kerjasama dengan beberapa artis di Mesir.

Caprice turut memberitahu, dia perlu menyiapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

“Insya-Allah saya bersama artis-artis di sini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi.

“Masih demo lagi. Yalla bermaksud jom dalam bahasa Arab,” katanya menjawab soalan netizen dalam ruangan komen Instagram.

Terdahulu, pelantun lagu Lenglui itu mencetuskan kontroversi apabila menegur pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berikutan isu tentang bantuan yang diberikan pendakwah berkenaan di bumi Ambia tersebut yang disifatkan menyalahi budaya penduduk di sana.

Caprice mengumumkan untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di Gaza yang membabitkan golongan berpengaruh di Malaysia namun membatalkan rancangan tersebut selepas Ebit membuat laporan polis.

Dia turut memberitahu dalam satu sesi live Instagram bersama Sharnaaz yang dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 selepas beliau hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI