fbpx

Arsenal tidak akan pecat Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA dikatakan masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan tertinggi termasuk Edu untuk mengendalikan Arsenal musim ini. – AFP

LONDON – Pengarah Teknikal Arsenal, Edu tetap mempertahankan pengurus pasukan itu, Mikel Arteta yang kini berdepan spekulasi pemecatan susulan prestasi mengecewakan selepas tewas 0-2 kepada Brentford pada aksi pertama Liga Perdana Ing­geris (EPL) baru-baru ini.

Aksi hambar dipamerkan The Gunners menyaksikan ramai bekas pemain dan pundit bola sepak meramalkan Arteta bakal menjadi pengurus EPL pertama akan dipecat musim ini.

Begitupun, Edu dikatakan masih mempercayai kredibiliti pengendali dari Sepanyol itu yang dilihat sebagai individu paling tepat untuk mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Edu menegaskan, Arteta, 39, tidak mendapat layanan adil kerana sering menjadi mangsa kritikan disebabkan keputusan negatif The Gunners.

“Kita perlu bersabar dengan Mikel kerana tidak adil buatnya selepas apa yang diharunginya sebelum ini. Musim sebelum ini cukup mencabar buat semua orang termasuk Mikel.

“Saya akan risau kalau pemain sudah tidak percaya dan staf kejurulatihan juga merasakan ia tidak cukup bagus.

“Saya mahu semua orang memahami apa yang sedang kami lakukan. Kami dalam pro­ses untuk mencipta masa depan yang indah buat pasukan ini,” jelas Edu.

Berdasarkan statistik, Arteta mempunyai 51.72 peratus kemenangan sejak dilantik sebagai pengurus baharu Arsenal pada 20 Disember 2019.

Sejak itu, Arteta berjaya menghadiahkan 45 kemenangan, 18 seri dan 24 kekalahan daripada semua 87 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI